GP Malaysia
Kebolehan
Sebagai penyedia perkhidmatan bertaraf global yang berpengalaman luas didalam pelbagai industri, GP menawarkan perkhidmatan unik yang membezakan kami dari penyedia perkhidmatan yang selainnya di Malaysia.
- Pengalaman yang luas dan menyeluruh di Asia semenjak tahun 1986, mempunyai pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia semenjak 1988.
- Latihan yang di dorongkan kebolehan dan perkhidmatan pemindahan teknologi yang mematuhi piawaian industri untuk melatih dan menguji kelayakkan kakitangan loji-loji haba, kitar padu dan hidro.
- Kepakaran yang tiada tandingan didalam pengurusan projek-projek latihan dan program latihan bagi syarikat-syarikat industri tenaga, gas, petroliam, minyak, pembuatan dan otomotif.
- Pengkalan data yang luas bagi ratusan prosedur operasi dan senggaraan, bahan latihan dan kursus-kursus teknikal tersedia ada yang boleh di gunakan untuk menghasilkan program latihan yang efektif dan secara kos efektif.
- Penyelesaian secara khusus, di dorong oleh praktis global terbaik, piawaian dan pengajaran dari pengalaman terdahulu, serta kursus atau latihan akan direkabentuk agar bersesuaian dengan hala tuju matlamat organisasi anda.
- Akses secara menyeluruh ke sumber-sumber General Physics Corporation, sebuah organisasi berpengakalan di Amerika Syarikat, mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan latihan, kejuruteraan dan teknikal.
- Berkebolehan untuk menghasilkan dan menyampaikan program latihan melalui bahasa ibunda.
- Kakitangan professional dengan pengalaman tempatan yang meluas dan sensitif terhadap isu-isu budaya yang berkaitan bagi memastikan latihan dan proses pemindahan teknologi subjek-subjek teknikal yang kompleks dapat dijalankan dengan efektif.
- Pejabat di Kuala Lumpur yang berkakitangan penuh.
- Kejayaan dan pengalaman yang teruji di rantau ini, menawarkan khidmat kepada kedua-dua organisasi tempatan maupun multinasional yang ingin mengembangkan sayap mereka ke rantau ini.
- Persepakatan saling mempercayai mendorong kepada perkhidmatan yang terbaik dan hubungan kerja berjangka panjang.
- Pendekatan yang tersusun dan menyeluruh dalam memenuhi keperluan latihan bagi projek penjanaan elektrik. Pendekatan yang diguna pakai merangkumi penilaian dari segi teknikal dan isu kebudayaan setempat yang spesifik untuk setiap projek, mendorong kepada hasil yang efektif.
- Keupayan yang telah teruji dalam menyediakan perkhidmatan sokongan kepada firma kejuruteraan dan firma pembinaan serantau.
|
Untuk keterangan lanjut, sila e-mel kami di
atau 888-843-4784 di Amerika Syarikat, 03-20949888 di Malaysia. |
Kembali ke kepala helaian


