General Physics Corporation Home PageLeading the World to Better Performance
GP International

Malaysia - General Physics Malaysia Sdn. Bhd.

Semenjak 1988, GP telah menyediakan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan keperluan peningkatan prestasi dan kebolehan bagi syarikat-syarikat Malaysia dan multinasional didalam industri tenaga, minyak, gas, petroliam dan pembuatan. Hari ini, kami merupakan pendahulu yang disegani di rantau Asia Tenggara, dengan membawa kapabiliti menyeluruh yang kaya dengan piawaian dan praktis global didalam perlaksanaan perkhidmatan keunggulan operasi, latihan dan perkhidmatan kejuruteraan kami, di serata rantau ini.

Perbezaan yang ada pada GP

GP Malaysia diperkukuhkan dengan sokongan dari sumber korporat kami, yang mempunyai lebih dari 1700 sumber tenaga pakar diserata dunia, yang berpengalaman di dalam pelbagai bidang peningkatan prestasi. Sungguhpun berpengkalan di Amerika Syarikat, kami menggaji professional tempatan yang memahami dan sensitif terhadap kebudayaan yang unik di rantau ini. Kami berbangga dengan kerjasama jangka panjang yang terjalin dengan pelanggan-pelanggan kami, hubungan kerjasama yang terjalin melalui adanya sifat responsif, saling mempercayai dan kejayaan hasil kerja.

Untuk keterangan lanjut, sila e-mel kami di
atau 888-843-4784 di Amerika Syarikat,
03-20949888 di Malaysia.
Kembali ke kepala helaian

English

Kuala Lumpur, Malaysia

Maklumat-maklumat Berkaitan

GP Asia Pasifik (Bahasa Inggeris)

Pengalaman Projek (Bahasa Inggeris)