GP Malaysia
Perkhidmatan
GP menyediakan latihan khusus dan perkhidmatan perundingan untuk syarikat-syarikat pembuatan bersaiz kecil atau besar, minyak, petroliam, gas dan tenaga di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Operasi global kami mempunyai lebih daripada 1700 tenaga pengajar, jurutera, penyelia dan para professional selainnya, menjadikan kami cukup fleksibel untuk menawarkan perkhidmatan kami mengikut skala keperluan anda ketika ia berubah dan berkembang, baik serantau maupun secara global.
Kami berbangga dengan pengambilan tenaga kerja tempatan kami dan hubungan kerja yang erat yang telah dipupuk dengan sumber tenaga kerja serantau. Hasilnya, kami berupaya menyediakan penyelesaian yang menepati citarasa budaya tempatan berdasarkan praktis global terbaik dan pengajaran dari pengalaman lampau. Perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia termasuk :
- Latihan Teknikal—merangkumi kendalian, senggaraan dan kemahiran. Di tawarkan samada secara dalaman (on-site) ataupun secara pendaftaran terbuka.
- Latihan dan Perundingan Pengendalian Terunggul—merangkumi system TS, ISO, lean manufacturing, reliabiliti dan kualiti.
- Perkhidmatan Kejuruteraan dan Pemindahan Teknologi —merangkumi rekabentuk, pengurusan projek dan perundingan.
Pengalaman yang Terbukti
GP telah menempah nama yang kuat didalam bidang pembangunan prestasi (performance development) bagi sector-sektor tenaga, bahanapi dan pembuatan di Mlaysia sejak 1988. Kami telah membantu kedua-dua organisasi tempatan dan global bertapak dan membina kehadiran di rantau ini, mengkhususkan perkhidmatan mereka agar sejajar dengan keperluan hala tuju organisasi-organisasi tersebut.
|
Untuk keterangan lanjut, sila e-mel kami di
atau 888-843-4784 di Amerika Syarikat, 03-20949888 di Malaysia. |


